Monday, 23 January 2017

Tips untuk lembutkan kulit

Cuba rasa tangan korang, amacam? Lembut tak? Okay, so hari ni sis nak bagi tips untuk lembutkan kulit tangan korang ye..

Bahan-bahan:
Teh uncang (tak kisah jenama apa)
Air suam

Cara-cara:
1. Rendamkan teh uncang kedalam air suam
2. Biarkan teh uncang itu kembang
3. Ambil teh uncang tersebut then gosok di tangan

p/s: boleh apply di badan ya kawan-kawan. Try buat dulu, confirm tak menyesal!
       Semoga bermanfaat :-)

Sunday, 22 January 2017

Masjid13 Shah Alam

Kucing
Kucing ni haiwan kesayangan Nabi Muhammad saw. Tersentuhnya hati aku bila melihat seorang gadis memberi makan kepada kucing di Masjid seksyen 13 Shah Alam. Aku menemani seorang sahabat untuk menunaikan solat Isyak lalu aku terpandang seorang gadis yang sedang memberi makanan di tempat parking kereta. Aku pergi mendekatinya dan berborak di situ. Aku bertanya, "dah berapa lama bagi kucing makan? Kerja di mana?" Lantas gadis itu menjawab, "saya sedang buat practical di TNB, habis kerja saya datang sini then bagi kucing makan." 
Subhanallah, bagi makan kucing je pun tapi dengan bagi makan kucing buat aku tersentuh. Ianya simple tapi amat bermakna. Jom awak-awak semua, jangan bazirkan makanan dan bagi kucing makan!